Page 25 - PowerPoint Presentation
P. 25
Didalam adegan filem Pengabdi setan di mana nenek si Rini tidak merestui perkahwinan ibu
bapa mereka keran ibu Rini iaitu Marwani Suwono adalah seorang seniman dan tidak bisa
mempunyai seorang anak lalu si Marwani mengikuti pemujaan dan perjanjian kepada setan untuk
mendapatkan anak . Selepas meninggal dunia anak bongsu Marwani iaitu Ian menjadi tebusan
untuk dituntut setan. Jadi , di sini terbuktilah kita boleh mengengkang ibu bapa kita sekiranya
perkara yang disuruh adalah melanggar syariat Islam.
Menurut Imam al-Ghazali, kebanyakan ulama berpendapat, wajib si anak mentaati ibu bapanya
walaupun dalam perkara syubhah, apatah lagi perkara-perkara yang harus.
Ini bermakna, hukum asal sesuatu itu harus (tidak wajib) menurut syarak boleh bertukar menjadi
wajib jika itu yang diperintahkan oleh ibu bapa. Contohnya, membeli makanan untuk ibu bapa
hukumnya harus, tetapi apabila diperintahkan oleh kedua-duanya atau salah seorang daripada
mereka,maka ia menjadi kewajipan kepada si anak selagi mana dia mampu untuk melakukannya.
Bagi mereka yang ibu bapanya sudah kembali ke Rahmatullah,masih ada peluang yang besar
bagi si anak untuk berbakti orang tuanya yang sudah tiada.
Ia disarankan sendiri oleh Rasulullah SAW melalui hadis sahih yang mana seorang lelaki
bertanya kepada baginda: “Adakah masih ada peluang untuknya berbakti kepada ibu bapanya
yang sudah tiada ?” Lalu Nabi Muhammad SAW menjawab: „Ya , ada empat perkara (cara) iaitu
mendoakan dan memohon pengampunan untuk kedua-duanya, melunaskan wasiat mereka,
memuliakan sahabat karib mereka dan menghubungkan tali silaturahim saudara-mara mereka
yang tiada hubungan pertalian darah ( melalui penyususan dan perkahwinan seperti ipar-duai dan
anak-anaknya).” (Riwayat Abu Daud)
22