Page 2 - BUKU PROGRAM HARI APRESIASI KECEMERLANGAN FLIP
P. 2

Sekapur Sireh






        Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


        Syukur Alhamdulillah  kerana  dengan limpah kurnia-Nya,  satu program rasmi
        sekolah iaitu Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Penyampaian Sijil Tamat Sekolah
        Sesi s022/2023 dapat diadakan seperti yang telah dirancang. Majlis yang
        diadakan pada setiap tahun ini bertujuan untuk memberikan penghargaan dan
        seterusnya meraikan kejayaan semua murid. Majlis ini juga diharapkan dapat
        menjadi penggerak dan pemangkin kepada peningkatan prestasi murid  dan
        guru  agar  lebih cemerlang dan berdaya saing pada masa hadapan.

        Dalam konteks pendidikan, fungsi utama sekolah adalah untuk menghasilkan
        modal insan berminda kelas pertama melalui sistem pembelajaran dan
        pengajaran yang berkesan. Memandangkan sistem pendidikan bersifat
        dinamik dan perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran semasa, maka kita
        dapat melihat pelbagai penambahbaikan dilakukan terhadap sistem
        pendidikan negara bagi menjadikannya lebih kompetitif dan berupaya
        melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Seperti yang kita semua
        sedia maklum, sistem pendidikan pada hari ini masih dilaksanakan
        mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, yang
        memberi penekanan terhadap lima aspirasi penting melibatkan seluruh
        entiti pendidikan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
        Kelima-lima aspirasi ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan
        Kebangsaan iaitu untuk melahirkan murid yang seimbang dan
        holistik bukan sahaja dari sudut intelek bahkan kecemerlangan
        jasmani, emosi, rohani dan sahsiah.

        Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua murid  yang
        telah berjaya memperoleh pencapaian yang cemerlang.
        Segala kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada kerja
        keras semua pihak.  Sesungguhnya kegigihan,  keazaman
        dan  disiplin diri adalah formula kejayaan bagi setiap murid.

        Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
        dan tahniah kepada seluruh warga SK Lubok Kelubi , PIBG
        serta semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Apresiasi
        Kecemerlangan & Penyampaian Sijil Tamat Sekolah Sesi
        2022/2023. Diharapkan agar kerjasama ini akan dapat
        dikekalkan demi   kepentingan pendidikan murid-murid
        SK Lubok Kelubi.

        “LUKES CEMERLANG BUDAYA KITA”
        Sekian, terima kasih.

        NORAZMAH BINTI HUSSIN
        Guru Besar SK Lubok Kelubi
   1   2   3   4   5   6   7