Page 8 - Mengagendakan UNISEL 2020-2025 Pusat Sukan,Budaya & Penghijauan, Avillion Admiral Cove
P. 8

Institut Pembangunan Industri Sukan (IPIS) telah ditubuhkan pada
                                                                             1 September 2000. Namun, pengstrukturan Universiti pada tahun
                                                                             2010,  IPIS  telah  ditukar  nama  kepada  Pusat  Sukan.  Secara
                                                                             dasarnya  IPIS  ditubuhkan  dengan  matlamat  untuk  membantu
                                                                             memperkembang  dan  memajukan  sukan  di  Universiti  melalui
                                                                             pendidikan,  penyelidikan  serta  perkhidmatan  selain  berperanan
                                                                             sebagai sebuah pusat perkembangan industri sukan di Selangor.

         Pada  tahun  2016,  Pusat  Sukan  telah  digabungkan
         dengan  Pusat  Seni  Budaya  Unisel,  seterusnya  Pusat
         Sukan  dikenali  sebagai  Pusat  Sukan  dan  Budaya
         Universiti  Selangor.  Hal  ini  menjadikan  Pusat  Sukan
         dan  Budaya  sebagai  pusat  pengurusan  aktiviti  sukan
         dan  budaya  untuk  mengelola,  menyelaras  dan
         menganjurkan  aktiviti  sukan  dan  budaya  pelajar
         Universiti Selangor.



















                                                                        Pengurusan  Universiti  telah  bersetuju  mewujudkan  jawatan
                                                                        Pengarah Projek Penghijauan dan Pembangunan Rekreasi pada
                                                                        1 Mac 2018. Jawatan ini diletakkan di bawah Pejabat Presiden
                                                                        dan  Naib  Canselor.  Jawatan  ini  juga  adalah  kesinambungan
                                                                        daripada jawatan yang sebelumnya iaitu Pengarah Landskap di
                                                                        bawah  tanggungjawab  Pengarah  Jabatan  Pembangunan  dan
                                                                        Penyelenggaraan  Unisel  (JPP).  Pada  tahun  2020,  Projek
                                                                        Penghijauan  dan  Pembangunan  Rekreasi  diletakkan  bersama    4
                                                                        Pusat  Sukan  dan  Budaya  seterusnya  dikenali  sebagai  Pusat
                                                                        Sukan, Budaya dan Penghijauan.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13