Page 9 - LAPORAN_DAPATAN_KAJIAN_PERANTI_DAN_INTERNET_MURID_KidSS_UNTUK_PdPR_Neat
P. 9
KESIMPULAN
Lebih daripada 70% murid SMK Kidurong mahu mengikuti pembelajaran
secara dalam talian dan luar talian.
Peratusan ini dapat ditingkatkan lagi sekiranya sebahagian mereka yang
mengalami masalah internet yang lemah dan sangat lemah bertukar
kepada ISP yang lebih baik kekuatannya di lokaliti tempat tinggal mereka.
Data ini dapat meyakinkan guru bahawa pelaksanaan kelas secara dalam
talian melalui apa-apa aplikasi seperti zoom dan google meet adalah
sesuai dan wajar.
Berdasarkan data, pihak-pihak yang menyediakan perkhidmatan ISP wajar
mengambil inisiatif bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan. Hal ini akan
memberi impak besar terhadap keberkesanan pelaksanaan PdPR dalam
talian.