Page 19 - BUKU PENGURUSAN MSSPs (DRAF)
P. 19

GARIS PANDUAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN
                                          MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERLIS 2021
            Tugas Pengelola

               1.  Memulakan  tugas  penganjuran  berdasarkan  kepada  Mesyuarat  Pengurusan  yang
                   membincangkan giliran tuan rumah bagi pengelola kejohanan MSSPs.

               2.  Mengenalpasti dan membuat tempahan awal gelanggang dan padang ( untuk sukan berkenaan
                   sahaja)

               3.  Menghasilkan kertas konsep pengelolaan termasuk senarai jawatankuasa pengelola.

               4.  Berbincang  dengan  penyelaras  dan  pengerusi  teknik  permainan  urusan  jemputan  penyertaan
                   kepada semua sekolah atau PKP  dan mendapat pengesahan penyertaan.

               5.  Mendapatkan senarai nama pegawai dan peserta kontijen dari sekolah.

               6.  Menyediakan dan menghantar Anggaran Belanja Mengurus pengelolaan kejohanan ke Unit Sukan
                   2 Minggu sebelum kejohanan.

               7.  Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan bersama bersama wakil MSSPs dan PTPS
                   permainan berkenaan.

               8.  Memaklumkan kepada MSSPs tentang VIP yang dijemput kemajlis rasmi kejohanan.

               9.  Menyediakan teks ucapan dan kata alu – aluan VIP.

               10. Mengadakan  Mesyuarat  Jawatankuasa  Kecil  dan  disusuli  dengan  menyuarat  Jawatankuasa
                   Pengelola.

               11. Melantik urus setia disetiap venue pertandingan.

               12. Mengurus penghantaran dan menyemak bekalan hadiah / medal pemenang yang dihantar oleh
                   pembekal.

               13. Menghantar laporan pengelolaan kejohanan kepada MSSPs dalam tempoh dua minggu selepas
                   kejohanan.

               14. Laporan kewangan kejohanan dipanjangkan kepada MSSPs dalam tempoh Empat Belas (14)
                   hari selepas tamat kejohanan

               15. Mengadakan  mesyuarat  review  (jika  perlu)  untuk  mengkaji  kelemahan  yang  timbul  semasa
                   pengelolaan

               16. Menjemput wakil MSSPs untuk hadir dalam mesyuarat review.




                                                                                                               19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24