Page 19 - BUKU PENGURUSAN (DRAF 1)
P. 19
GARIS PANDUAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERLIS 2021
Tugas Pengelola
1. Memulakan tugas penganjuran berdasarkan kepada Mesyuarat Pengurusan yang
membincangkan giliran tuan rumah bagi pengelola kejohanan MSSPs.
2. Mengenalpasti dan membuat tempahan awal gelanggang dan padang ( untuk sukan berkenaan
sahaja)
3. Menghasilkan kertas konsep pengelolaan termasuk senarai jawatankuasa pengelola.
4. Berbincang dengan penyelaras dan pengerusi teknik permainan urusan jemputan penyertaan
kepada semua sekolah atau PKP dan mendapat pengesahan penyertaan.
5. Mendapatkan senarai nama pegawai dan peserta kontijen dari sekolah.
6. Menyediakan dan menghantar Anggaran Belanja Mengurus pengelolaan kejohanan ke Unit Sukan
2 Minggu sebelum kejohanan.
7. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan bersama bersama wakil MSSPs dan PTPS
permainan berkenaan.
8. Memaklumkan kepada MSSPs tentang VIP yang dijemput kemajlis rasmi kejohanan.
9. Menyediakan teks ucapan dan kata alu – aluan VIP.
10. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil dan disusuli dengan menyuarat Jawatankuasa
Pengelola.
11. Melantik urus setia disetiap venue pertandingan.
12. Mengurus penghantaran dan menyemak bekalan hadiah / medal pemenang yang dihantar oleh
pembekal.
13. Menghantar laporan pengelolaan kejohanan kepada MSSPs dalam tempoh dua minggu selepas
kejohanan.
14. Laporan kewangan kejohanan dipanjangkan kepada MSSPs dalam tempoh Empat Belas (14)
hari selepas tamat kejohanan
15. Mengadakan mesyuarat review (jika perlu) untuk mengkaji kelemahan yang timbul semasa
pengelolaan
16. Menjemput wakil MSSPs untuk hadir dalam mesyuarat review.
19