Page 4 - T2 QURAN - MANISNYA PERSAUDARAAN DALAM ISLAM
P. 4
TERJEMAHAN AYAT
Dan berpeganglah kamu semua dengan tali (agama)
Allah SWT
dan janganlah kamu bercerai-berai
dan kenanglah nikmat Allah kepadamu.
ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah)
Lalu Allah SWT menyatukan hati-hati kamu (sehingga
kamu bersatu padu dengan nikmat Islam.
maka dengan nikmat Allah itu kamu menjadi orang Islam
yang bersaudara,
dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka
(disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah),
lalu Allah SWT menyelamatkan kamu daripada neraka itu
(disebabkan nikmat Islam juga).
Demikianlah Allah SWT menerangkan kepada kamu ayat-
ayat keterangannya, supaya kamu mendapat petunjuk
hidayahNya.