Page 19 - TER Chamang final draft
P. 19
SEJARAH KAWASAN
Taman eko-rimba ini yang lebih dikenali
sebagai Air Terjun Chamang ini ditubuhkan
selaras dengan Dasar Perhutanan Negara
(1978) (Pindaan 1992). Taman Eko
Rimba ini ditubuhkan pada tahun 1985
dan diwartakan kepada pengunjung
pada tarikh 3 Jun 2015, dengan keluasan
kawasan hutan sebesar 23.11 hektar
Pengurusan Taman Eko-Rimba Chamang asalnya
diuruskan oleh Majlis Daerah Bentong (MDB) dan kini
telah diambil alih oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
(JPNP).
Kawasan Air Tejun Chamang juga mempunyai pelbagai
kisah dan sejarah tersirat. Antaranya ialah kawasan
hutan tersebut pernah menempatkan satu markas
rahsia komunis pada zaman darurat dan sehingga kini
masih wujud denai-denai laluan komunis dahulu. Laluan Operasi membenteras komunis di Pahang
komunis tersebut dikatakan terletak di seberang tapak
perkhemahan di Air Terjun Chamang, bersebelahan
permatang bukit. Kajian berkaitan aktiviti survesif dalam
daerah Pahang pada awal tahun 50-an juga menunjukkan
ramai anggota polis yang terkorban dalam serang hendap
pengganas. Di antara bulan Febuari hingga Januari 1951
seramai 11 anggota polis telah terkorban akibat daripada
serang hendap pengganas di daerah Bentong serta
daerah berhampiran.
Di samping itu, terdapat juga peninggalan lombong-
lombong emas dan bijih timah purba di sekitar kawasan
Taman Eko-Rimba Chamang. Menurut penceritaan
masyarakat setempat, peninggalan lombong-lombong
purba ini berusia daripada Zaman Kerajaan Melayu Chamang Falls sekitar 1980an
Pahang Lama sehinggalah zaman British menjajah.
12