Page 37 - TER Chamang final draft
P. 37
STRATEGI 1: PENGURUSAN SUMBER
Maklumat asas kawasan
Taman Eko-Rimba Chamang adalah sebahagian daripada 10 hutan simpan yang diletakkan dalam Zon Pengekalan
Kawasan Sensitif Alam Sekitar bagi Daerah Bentong (Rancangan Tempatan Bentong 2035) (Peta 6). Taman ini juga
merupakan kawasan tarikan yang tersenarai dalam 12 nodus pelancongan bagi daerah Bentong. Terletak di 9.4 km
dari Bandar Bentong, Taman Eko-RimbaChamang dikelilingi oleh gugusan hutan yang terhubung dengan jajaran
Banjaran Titiwangsa. Di luar sempadan hutan, Taman Eko-Rimba Chamang terletak berdekatan Zon Pertanian
Produktif (Peta 5) yang menempatkan kawasan pertanian seperti Pantai Timur Global Farm (4.2 km), Bentong
Happy Farm (5.4 km), Kumratz Fruity Farm (5.6 km) dan The Bentong Farm (6.2 km). Di sebelah barat pula, Hutan
Simpan Bukit Tinggi bersempadan dengan daerah Hulu Selangor yang terdapat denai pergunungan Gunung Rajah
yang boleh diakses melalui Kampung Pertak yang terletak berdekatan dengan Empangan Sg. Selangor. Denai
pergunungan ini menghubungkan Taman Eko-Rimba Chamang dengan kawasan-kawasan tarikan alam semula jadi di
Hulu Selangor.
Peta 6: Zon Pembangunan
Daerah Bentong
Peta 5: Kedudukan TER Chamang berbanding kawasan setempat
30