Page 91 - TER Chamang final draft
P. 91
STRATEGI 3: PENGURUSAN PRODUK
Dalam pembangunan kawasan ekopelancongan, salah satu fungsi
penting sebuah perancangan adalah dalam pembangunan produk.
Lebih tepat lagi istilah ‘produk’ dalam pelancongan bermaksud
‘pengalaman’ lawatan.
Pengalaman yang bermakna (meaningful experience) bermaksud pengalaman lawatan yang berguna,
berilmu, menyeronokkan dan boleh dikongsi dengan rakan atau ahli keluarga yang lain. Hal ini sama
sekali berbeza dengan produk (aktiviti) rekreasi yang kebiasaannya sering hanya dikaitkan dengan elemen
keseronokan (hedonistic) semata-mata.
Istilah ‘pengalaman yang bermakna’ ini akan terbentuk dari gabungan aktiviti rekreasi, sumber persekitaran,
kemudahan lawatan dan perkhidmatan yang diberikan di kawasan ekopelancongan (lihat Rajah 16 di
sebelah).
Matlamat akhir Pengurusan Produk pelancongan bagi TER Chamang ini adalah:
‘...pembangunan dan pengurusan produk pelancongan yang menarik, unik dan mampan untuk
keseronokan serta menyumbang kepada peningkatan ilmu baharu yang bermakna kepada pelawat....’
Objektif Strategi Pengurusan Produk ni adalah:
1. Menyediakan aktiviti rekreasi baharu yang unik dan menarik yang dapat membantu membentuk
pengalaman bermakna (meaningful experience) di TER ini, dan
2. Menyediakan pengalaman rekreasi yang membantu pelawat untuk memahami keunikan sumber dan Rajah 16: Pengalaman yang bermakna di
membantu usaha konservasi sumber di TER ini.
kawasan ekopelancongan
Perlaksanaan Strategi ini akan dilakukan dalam 4 fasa berikut manakala Rajah 17 menunjukkan 4 Tindakan
Utama dalam melaksanakan Strategi Pengurusan Produk ini:
Fasa Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
Pembangunan (2022-2024) (2025-2028) (2025-2028)
Rajah 17: Tindakan Utama dalam Strategi Pengurusan
Produk di TER Chamang 84