Page 38 - PELAN INDUK PEMBANGUNAN TAMAN EKO RIMBA LENTANG (DRAFT)
P. 38
Tindakan 1: Zon Peluang Pengalaman Rekreasi
TER Lentang boleh diakses melalui Lebuh Raya Pantai Timur yang menghubungkan taman ini yang
menghubung taman ini dengan Bandar Bentong dan kawasan berdekatanya.
TER Lentang telah dilengkapi dengan pelbagai fasiliti rekreasi yang moden yang dilihat dapat
menampung sejumlah pelawat ke taman ini. Modifikasi landksap yang berlaku adalah minima dan
pembangunan bertumpu sebelah kanan sungai. Sg. Benus dan ketersampaianya yang tinggi adalah
merupakan tarikan utama bagi taman ini. Melalui kerja-kerja inventori dan servei yang telah dijalankan,
sebahagian besar daripada pelawat di TER ini adalah golongan berkeluarga. Aktiviti utama adalah
berbentuk pasif atau kasual dengan aktiviti utama seperti berkelah, mandi-manda, mengambil gambar
dan bersiar-siar. Dengan motivasi utama adalah meluangkan masa bersama keluarga dan rakan.
Daripada jangkaan yang telah dilakukan, kebanyakan daripada pelawat berada di kawasan seperti yang
ditunjukan di Peta 6. Kawasan ini telah dibangunkan dengan fasiliti-fasiliti utama dan struktur sungainya
yang sesuai dengan kumpulan pelawat utama yang melawat ke taman ini. Selain itu juga, terdapat jalan
raya beturap sepanjang hampir 700m dan juga denai dan laluan telah disediakan bagi memudahkan
akses pelawat di taman ini.
Berdasarkan taburan pelawat, zon
pengalaman pelawat di TER Lentang dapat
dibahagikan kepada dua zon iaitu zon efektif
seluas 10 ha bagi tujuan aktiviti dan
pembangunan dan juga 69ha kawasan yang
bertindak sebagai zon penampan dalam
memastikan integriti landskap TER Lentang
untuk terus terjaga. Penentuan sempadan zon
penampan ini atau juga sebagai sempadan
TER Lentang adalah mengambil kira bentuk
muka bumi kawasan yang berbukit dan
mempunyai kecerunan yang tinggi. Zon
Efektif ini adalah merangkumi 4.12% daripada
keseluruhan Kompartmen 4 Hutan Simpan
TER Lentang. Selain itu, luas kawasan bagi
keseluruhan sempadan TER Lentang adalah
merangkumi 28.6% daripada keseluruhan
kompartment hutan tersebut.
Peta 7: Cadangan Sempadan
TER Lentang
Peta 6: Projeksi kepadatan pelawat pada waktu TER Lentang menerima pelawat
paling tinggi
32