Page 14 - Tinta Aksara 2021
P. 14

 Nasihat Buat Remaja
Iffah Nadirah Binte Mohd Shukor (1/1) Sekolah Menengah Anderson
Hujung minggu menerima tamu, Tetamu dari Inderagiri;
Perlulah sabar mencari ilmu, Barulah berkat hidupmu nanti.
Mahu jadi si tukang masak, Dapur harus sering berasap;
Walau kini masa yang sesak, Kita harus pantas bersiap.
Singgah di Melaka bertemu cinta, Rasa diturut lagu digubah;
Kalau mahu mencapai cita, Perangai buruk harus diubah.
Mendaki gunung mencapai awan, Sungguhlah cantik ciptaan Tuhan;
Membaca buku jadi amalan, Supaya hidup penuh pedoman.
    12
























































































   12   13   14   15   16