Page 12 - Tinta Aksara 2021
P. 12

 Cabaran Kehidupan
Nayla Najwa Binte Mohamed Naquib (1/1) Sekolah Menengah Anderson
Bagaikan langit di sore hari, Warna biru sebiru hatiku; Siren ambulans aku dengari,
Rasa cemas mengetuk hatiku.
Baju dibeli terus dikerat, Hanya kerana terlalu labuh;
Pandemik ini ujian berat,
Harapan pesakit cepat sembuh.
Pekat sungguh santan kelapa, Kelapa dari Pulau Penyengat;
Pelitup muka jangan dilupa Jaga diri dan jarak selamat
Buah durian sedap dimakan, Manis sekali rasa isinya;
Nasihat jangan kita lupakan, Bahagia hidup kita selamanya.
Burung serindit terbang berdua, Hinggap sebentar di tepi kali;
Hidup ini mestilah berusaha, Agar tercapai hajat di hati.
                                                                                                                       10





















































































   10   11   12   13   14