Page 10 - Tinta Aksara 2021
P. 10
Dengan peredaran masa, bidang penulisan semakin berkembang. Manusia dapat mencatatkan
kenangan dan merakamkan sejarah secara bertulis. Melalui penulisan, pemikiran, imaginasi dan perasaan boleh terakam dalam bentuk sajak, novel dan falsafah. Hasil karya ini telah diperturunkan kepada kita dan akhirnya menjadi seni kesusasteraan, kebudayaan dan tradisi yang unik bagi sesebuah kumpulan etnik, negara atau kawasan serantau.
Budaya dan tradisi telah melalui pelbagai cabaran dari zaman ke zaman. Apa yang diwariskan kepada kita ialah hasil kerja keras
leluhur kita dan merupakan mutiara yang amat berharga. Saya berharap sebagai pengguna Bahasa Ibunda, kita patut menghargai harta warisan peninggalan mereka yang mendahului kita. Belajarlah Bahasa Ibunda kita dengan bersungguh- sungguh dan perkayakan bahasa ini dengan menghasilkan karya-karya yang kreatif untuk tatapan generasi akan datang.
Saya berharap agar pelajar-pelajar sekalian akan mencintai Bahasa Ibunda mereka dan terus menggunakan bahasa ini. Semoga harta warisan ini terus berkembang dan diperturunkan kepada generasi akan datang.
Encik Chua Lek Hong
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang