Page 8 - Tinta Aksara 2021
P. 8

  Tahun ini merupakan tahun ke-9 Sekolah Menengah Anderson menjadi Pusat Program Elektif Bahasa Melayu bagi sekolah menengah (EMAS). Pada masa yang sama, dua tahun sudah berlalu sejak Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) dilaksanakan dan kohort MLEP yang pertama baru sahaja selesai menduduki peperiksaan peringkat GCE O.
Pandemik Covid-19 tidak menjadi hambatan untuk pelajar Anderson meneruskan usaha mempertingkatkan penghargaan terhadap bahasa, sastera dan budaya Melayu. Pelajar Menengah Satu telah mengikuti bengkel pantun dan syair yang dibimbing oleh Encik Hanafi Idrus. Setelah mengikuti bengkel ini, pelajar-pelajar menengah satu berupaya menghasilkan pantun dan syair berdasarkan tema-tema yang dekat di hati mereka. Pelajar Menengah Dua pula telah didedahkan kepada seni penulisan skrip dan teater di bawah tunjuk ajar Encik Anwar Hadi. Pelajar-pelajar ini berpeluang mementaskan sketsa yang merupakan saduran daripada
Puan Tan May Teng
Sekolah Menengah Anderson
beberapa cerita rakyat semasa program dwiminggu bahasa. Pelajar menengah tiga pula telah mempelajari seni penulisan cerpen daripada Encik Farihan Bahron dan telah berjaya menghasilkan cerpen-cerpen yang dibukukan dalam penerbitan Tinta Aksara tahun ini. Serupa dengan tahun lepas, pelajar menengah empat juga telah mengikuti bengkel pidato yang dikendalikan Cik Nadiah Hashim dari The Speaking Factory. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran pelajar semasa berucap di khalayak ramai. Pelajar juga telah mempelajari kemahiran menulis ucapan dan menyampaikannya dengan berkesan.
Selain itu, tahun ini juga menyaksikan pelajar Menengah Tiga MLEP dan Menengah Dua merakamkan persembahan tentang salah satu teks kesusasteraan Melayu. Persembahan berikut telah memberikan ruang kepada pelajar untuk menghayati teks dengan mendalam dan menjadi peneliti sastera yang lebih kritis dan kreatif. Secara khusus, pelajar Anderson telah menyahut cabaran untuk
 6




























































































   6   7   8   9   10