Page 6 - Tinta Aksara 2021
P. 6

  Tahun 2021 masih menyaksikan dunia bergejolak dengan Covid-19. Namun, keadaan semakin menjanjikan. Negara kita juga tidak terkecuali daripada dibelenggui masalah-masalah akibat virus ini. Namun, apa yang pasti kehidupan berjalan terus. Dalam pendidikan, kemajuan teknologi telah membantu mengurangkan masalah pengajaran dan pembelajaran. Hal ini amat dititikberatkan, terutama sekali di dalam situasi pandemik Covid-19.
Aktiviti-aktiviti Program EMAS dan MLEP masih tetap dapat dilaksanakan dengan penuh gah dan keyakinan pada tahun ini. Antara program EMAS yang dapat dijalankan dengan penuh cemerlang ialah ‘Bengkel Teater’ anjuran pihak CPDD. Pelajar-pelajar Menengah Satu Bahasa Melayu Lanjutan telah menjalani bengkel ini.
Sebelum ini, mereka mengikuti bengkel ‘Penulisan Skrip’. Selanjutnya mereka harus membuat satu persembahan untuk memastikan segala ilmu yang telah diterapkan kepada mereka dalam kedua- dua bengkel tersebut telah membuahkan hasil. Melalui maklum balas guru-guru yang terlibat, ternyata para pelajar telah meraih
Puan Dolly Ong
Sekolah Menengah Tanjong Katong
manfaat dan maslahat yang tinggi daripada bengkel-bengkel itu. Keyakinan dan daya kreativiti dapat dipertingkatkan melalui bengkel-bengkel tersebut. Para pelajar dapat menjiwai dan menghayati watak-watak yang dilakonkan hasil daripada pemerhatian dan analisis mereka terhadap apa yang telah dipelajari dalam bengkel-bengkel tersebut. Mereka juga dapat menghasilkan skrip yang memberangsangkan.
Satu lagi bengkel yang telah menyerlahkan bakat dan potensi para pelajar ialah ‘Bengkel Kewartawanan’ bagi pelajar-pelajar Menengah Dua Bahasa Melayu Lanjutan. Guru yang terlibat di dalam bengkel ini juga telah memberikan maklum balas yang cukup positif. Para pelajar berasa sangat seronok mengikutibengkelinidanyanglebihpenting, mereka telah menimba ilmu yang mungkin tidak diraih ketika di dalam kelas. Bengkel tersebut sangat menarik dan para pelajar sangat aktif mengikutinya. Bengkel itu juga telah berjaya menyerlahkan daya kreatif dan kritis para pelajar.
Aktiviti-aktiviti bagi Program MLEP juga tiada tolok bandingnya. Pementasan Maya ‘Dari Pena Ke Panggung’ telah menyaksikan
 4


























































































   4   5   6   7   8