Page 7 - Tinta Aksara 2021
P. 7
bakat-bakat besar para pelajar Menengah Tiga MLEP dalam bidang penulisan skrip dan lakonan. Program ini merupakan aktiviti rentas cipta yang menghendaki para pelajar untuk mengadaptasikan karya-karya daripada teks sastera dalam ‘Pahlawan Panggung,’ ke dalam genre drama atau sketsa. Pandangan guru-guru tentang program ini sangat memberangsangkan. Apatah lagi tahun ini, program ini terpaksa dianjurkan dalam bentuk maya tidak seperti sebelumnya yang membolehkan persembahan dilakukan dalam bentuk pementasan. Walaupun dirakamkan dalam bentuk video dan kemudian ditayangkan dalam format maya, program ini tetap berjaya menarik minat para pelajar. Mereka mula melihat kepelbagaian dalam pembelajaran Sastera dan mula mengaprisiasi sastera Melayu dengan lebih mendalam. Program ini juga telah menguja para pelajar dalam penggunaan teknologi. Rata-rata semua sekolah yang terlibat telah menghasilkan video yang amat berkualiti dan berprestij.
Di samping itu, program Penyerapan Maya yang dianjurkan untuk pelajar-pelajar menengah dua Bahasa Melayu Lanjutan dan para pelajar menengah tiga MLEP,
telah melihat jalinan antara para pelajar di Singapura dan juga negara Brunei Darussalam. Ikatan persaudaraan antara kedua-dua negara menjadi semakin utuh dengan perkongsian dan perbincangan antara pelajardari kedua-dua negara. Pelbagai perkara yang dibincangkan, daripada pendidikan, sehinggalah kepada isu-isu bahasa dan budaya. Para pelajar juga dapat mengikuti bengkel ‘Penulisan Haiku’ yang ternyata telah berjaya mencungkil bakat para pelajar sebagai seorang penulis. Kebanyakan karya-karya Haiku para pelajar ternyata penuh bermakna dan puitis.
Penggunaan teknologi dalam pembelajaran telah dapat memaksimumkan potensi para pelajar di samping memperkaya dan memperkasakan bahasa Melayu serta mendalami budaya Melayu. Guru-guru juga telah berjaya mengekalkan tahap motivasi para pelajar dengan penggunaan teknologi.
Sekian. Terima kasih.
5