Page 33 - Tinta Aksara 2021
P. 33
Dengarlah Wahai Dunia
Pearl Insyirah Binte Mohamed Nur Mubbin (401) Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Berhenti!
Jangan bunuh mereka Mereka tidak bersalah Dunia ini hak mereka juga
Terbujur kaku tubuh di mana-mana Nyawa ibarat tidak berharga
Hidup dan mati tiada makna
Haruskah kezaliman ini dibiarkan sahaja?
Sampai bila bibir dunia terjahit rapat? Tidak bersuara atas kematian
Yang berleluasa di sini sana Membunuh anak yang tidak berdosa
Sampai bilakah dunia memejamkan mata? Tak mahu melihat sengsara yang melanda Kezaliman dunia bermaharajalela Sanggup mengancam hak manusia.
31