Page 34 - Tinta Aksara 2021
P. 34
Duhai Pemimpin
Raiyan Syazani Bin Shahrin (403A) Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Kala alam terpojok buntu Apakah mereka akan bersatu? Siapakah yang akan memandu Menghadapi sengsara?
Malapetaka
Pelbagai pancaroba Tanah tidak terurus Jalan hidup masih kabus
Mereka yang gila kuasa Pandai menggilakan kata Seantero dunia percaya Akhirnya terpedaya
Meninggi diri, mendabik dada Memperhambakan semua
Bangga bertitah-titah
Sehingga sekeliling musnah binasa
Nilai dirimu di depan cermin
Yang layak, yang campin
Yang patut memimpin
Kerana harapan seluruh alam Bukan sekadar mimpi tidur malam.
32