Page 36 - Tinta Aksara 2021
P. 36
Untuk Anak-anak Mangsa Peperangan
Syarifah Syaza Syafiah Binte Syed Ahmad (403B) Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Dengar tak, rintihan kanak-kanak di sana? Yang terpaksa mengharungi derita
Yang tidak mengenal erti riang ketawa Yang terbiasa dengan titisan darah
Yang menjadi siang dan malam mereka
Apakah dosa mereka? Sehinggakan nyawa tidak bernilai Sebaliknya,
Darah menjadi hadiah kemenangan
Dengar tak, hilai tawa kanak-kanak riang? Mereka yang khayal dikaburi kesenangan Yang alpa dengan kemewahan dunia Yang lupa akan kesengsaraan
Dengar tak, tangisan kanak-kanak di sana? Mereka juga saudara kita
Yang menjadi mangsa peperangan
Yang terkorban demi satu kedamaian
Apakah kita hanya berdiam sahaja? Menyaksikan tanpa berbuat apa? Ayuhlah, kita hulurkan tangan Sama-sama perjuangkan nasib mereka
Peganglah kata ini dengan penuh keyakinan Agar hidup lebih bermakna
Sebaik-baik manusia
Ialah yang memberikan manfaat
Kepada orang lain.
34