Page 38 - Tinta Aksara 2021
P. 38

 36
Cahaya Mata Ayah dan Bonda
Nur Khairina Binte Anifah (3D) Sekolah Menengah Tanjong Katong
Lahirnya si anak di dunia
Ibarat kain putih yang tiada noda
Pemberian berharga daripada yang Maha Esa
Kedua orang tua tidur tak lena dibuatnya
Semata-mata menjaga si anak ibarat permata berharga.
Cahaya mata Ayah dan Bonda
Bak selembar kain sutera yang tinggi nilainya Diukir indah perilaku dan tutur kata yang sempurna Disulam pesanan untuk menjaga diri di dunia
Agar dapat dielakkan perbuatan durjana
Namun, tatkala si anak menginjak dewasa
Pelbagai ujian ganas mula melanda
Si anak mula terumbang-ambing dalam gelora dunia Dek pengaruh rakan yang sama-sama berlumba Cuba mencari erti kehidupan yang terjamin katanya
Ibarat layang-layang terputus talinya
Tersasar jauh si anak daripada nasihat Ayah dan Bonda Alpa dan lalai terikut-ikut nafsu serakah
Akhirnya diri terpaksa menanggung padah.


















































































   36   37   38   39   40