Page 40 - Tinta Aksara 2021
P. 40

 Perang Virus
Aleeya Bte Zool Ihsan (3E) Sekolah Menengah Tanjong Katong
Cabaran dunia tiada terperi
Onak dan duri datang menghampiri
Ribuan manusia terjejas dek Covid
Omongan di sana sini menyuarakan rasa ngeri Nafas manusia seakan-akan terhenti
Apa lagi ujian yang bakal datang selepas ini?
Vaksin masih lagi dicari-cari
Imun manusia semakin tercabar kini
Ralat rasanya dengan keadaan yang tidak pasti Ujian yang melanda suatu peringatan buat diri Segalanya yang kita miliki tidak kekal abadi
Amalan memakai pelitup muka bertambah lali
Niat di hati untuk menyelamatkan diri
Cara inilah yang mampu kita lakukan untuk masa ini Akhirnya, segala jawapan dalam genggaman kuasa Ilahi Maha Agung lagi Maha Mengetahui
Nampaknya manusia harus lebih berhati-hati
Yakni mengamalkan amar makruf nahi mungkar setiap hari Agar kita dapat jauhi sikap yang terkeji
Waspada akan cara kita membawa diri
Akhirnya, kita dapat menjadi manusia yang berbudi.
    38

















































































   38   39   40   41   42