Page 37 - Tinta Aksara 2021
P. 37

 Berita Jam Lapan Malam
Muhammad Zikry Bin Suhaimi (3F) Sekolah Menengah Tanjong Katong
Korban jiwa, bencana alam
Turut menyingkap kisah silam
Menjadi sorotan berita jam lapan malam Bagi mengisi jiwa nan kelam
Namun, masih ada juga manusia Ibarat katak di bawah tempurung Hidupnya terus sahaja termenung Dikuasai peranti teknologi
Yang kononnya terulung Sedangkan masalah dunia Masih terus menggunung
Malam itu, suara penyampai berita berkumandang lagi Terus mewarnai kaca televisyen 48 inci
Cuba menarik perhatian dengan pelbagai intonasi Malangnya,
yang menonton terbuai di alam mimpi Masih terus tidak mahu ambil peduli
Berita jam lapan malam ditayangkan lagi
Kali ini, ada sesuatu yang menarik hati
Kisah misteri berlaku di dalam negeri
Terpancar wajah Perdana Menteri Menyampaikan amanat untuk menjaga diri Barulah timbul rasa ingin tahu yang menjadi-jadi
    35




















































































   35   36   37   38   39