Page 82 - Tinta Aksara 2021
P. 82

 berat badannya tunen Ibu ceria. Namun, tiba- tiba sahaja Ibu rebah di hadapanku sewaktu menghidangkan sarapan. Rupa-rupanya, Ibu sebenarnya menyembunyikan masalah kesihatannya agar aku tidak risau.
Aku duduk di luar wad Ibu sewaktu semua ujian kesihatan sedang dijalankan. Aku tidak putus-putus berdoa untuk Ibu. Ibu memang kuat orangnya. Aku yakin Ibu dapat bertahan dan melawan penyakitnya. Sebagai ibu tunggal yang telah bekerja keras untuk menampung kehidupan anaknya sampai ke menara gading. Aku masih ingat lagi sewaktu Ayah meninggal dunia ketika aku hanya berusia enam tahun, Ibu bekerja sehingga lewat malam semata-mata untuk membayar yuran sekolah dan membeli buku- buku sekolah yang diperlukan. Ada kalanya, dia akan membuat kuih untuk dijual sehingga tidak tidur sekelip mata pun.
Akhirnya, aku dibenarkan masuk ke wad Ibu. Hati kecilku mula meratap kesedihan apabila melihat tubuh ibu dicucuk dengan tiub IV dan keadaannya kelihatan lemah sekali. Mukanya pucat lesi. Ibu menoleh ke arahku sewaktu doktor memberikan penerangan tentang penyebab serangan jantung yang dialami oleh Ibu tadi. Doktor mengatakan bahawa keadaan ibu amat rumit kerana ada juga masalah kesihatan yang lain seperti barah usus tahap ketiga. Barah ini mula dikesan sejak lima tahun yang lalu namun Ibu tidak pernah mahu menjalani rawatan. Doktor juga memberitahu bahawa kos rawatan amat tinggi. Yang mengecewakan lagi ialah akaun Medisave Ibu tidak cukup untuk membiayai semua kos rawatan. Doktor pun beredar dari wad selepas memberikan penerangan yang rinci tentang keadaan Ibu. Mindaku bercelaru.
Hanya setelah lima tahun aku dimaklumkan tentang penyakit barah Ibu. Lima tahun yang lalu aku akan baru mulakan pengajianku di Universiti Yale-NUS. Mungkinkah aku penyebab Ibu terlantar di atas katil hospital ini?
“Haidar, Ibu telah menggunakan wang itu untuk membiayai kos pengajian kamu di universiti. Ibu sudah tua, tiada gunanya ibu pentingkan diri sendiri jika anak ibu sendiri tidak dapat mencapai impiannya. Ibu akan menyesal jika ibu sendiri yang menghambat keinginan Haidar untuk belajar di universiti.”
Hatiku bagai dirobek-robek. Ibu sanggup mengorbankan nyawanya untuk aku. Ibu lebih rela melihat aku melangkah kaki ke menara gading daripada merawat penyakit barah yang mengancam nyawanya. Ibu sanggup tidak tidur demi menyara hidup keluarga. Ibu menatang aku bagai minyak yang penuh. Tidak sekali pun keperluan aku diabaikan kerana Ibu akan bekerja keras tanpa merungut.
Pada waktu itu juga aku menanam hasrat untuk membalas jasa ibu dengan bekerja keras, mencari pekerjaan yang baik supaya Ibu tidak perlu bekerja lagi. Aku yang akan menampung segala keperluan hidupnya. Aku benar-benar terhutang budi kepada Ibu.
Aku perlu melakukan sesuatu demi Ibu.
   80


























































































   80   81   82   83   84