Page 188 - MANUAL PENGURUSAN
P. 188

MANUAL PENGURUSAN                   2019




                    1.3  Memastikan warga sekolah melaksanakan program 3K.
                    1.4  Mendapatkan  kerjasama  daripada  PIBG  dan  agensi  berkaitan  untuk  menyokong
                         pelaksanaan program 3K.
                    1.5  Menyediakan laporan pelaksanaan Program 3K peringkat sekolah.
                    1.6  LAPORAN SEGERA kes aduan mengikut tempoh 1 : 3 : 7 kepada Pejabat Pelajaran
                         Daerah (1 hari laporan awal, 3 hari laporan lengkap, 7 hari kes dianggap selesai).

               2.  JK KEBERSIHAN
                    2.1  Bertanggungjawab  sepenuhnya  memantau  pelaksanaan  dan  skop  kerja  Tender
                         Kebersihan, KPM.
                    2.2  Melaksanakan aktiviti-aktiviti khas Program 3K:
                         2.1.1    Gotong-Royong Perdana KPM.
                         2.1.2    Penyelenggaraan Tandas Sekolah.
                    2.3        Bekerjasama  dengan  Jawatankuasa  PIBG/Komuniti  merancang  dan  melaksanakan
                         program keceriaan kelas.
                    2.4  Melukis mural di tembok/dinding bangunan menepati keperluan proses pembelajaran
                         murid.
                    2.5  Mengadakan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas berasaskan PAK21.
                    2.6  Mengumumkan  pemenang  mingguan/tahunan  Pertandingan  Kebersihan  dan
                         Keceriaan Kelas.
                    2.7  Menyediakan  dan  menyampaikan  sijil  pemenang  Pertandingan  Kebersihan  dan
                         Keceriaan Kelas setiap bulan semasa perhimpunan rasmi sekolah.

               3.  JK KESIHATAN
                    3.1  Bertanggungjawab  sepenuhnya  berkaitan  kesihatan  murid  bersama  Kementerian
                         Kesihatan Malaysia.
                    3.3  Menguruskan program kesihatan seperti pemeriksaan gigi oleh Klinik Kesihatan.
                    3.4  Memastikan  kotak  „First  Aid‟  mencukupi  dan  lengkap  dan  ditempatkan  di  tempat-
                         tempat  tertentu  seperti  di  pejabat,  makmal/bilik  Sains,  bengkel/bilik  Kemahiran
                         Hidup.
                    3.5  Memilih dan melatih murid dalam program kesihatan bagi mewakili sekolah.
                    3.6  Mendapatkan maklumat tahap kesihatan murid yang mempunyai masalah kesihatan
                         seperti  penyakit  kronik  dan  memaklumkan  kepada  semua  guru  (terutama  guru
                         Pendidikan Jasmani).
                    3.7  Bekerjasama  dengan  JK  Aedes  untuk  membuat  pemantauan  di  kawasan  sekolah
                         memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk.
                    3.8  Bekerjasama  dengan  JK  Aedes  untuk  menyediakan  laporan  Aedes  dan  dihantar  ke
                         PPD setiap bulan.
                    3.9  Bekerjasama dengan JK Aedes untuk mengadakan kempen kesedaran seperti ceramah
                         dan tayangan berkaitan penyakit denggi.
                    3.10  Menguruskan kehadiran pegawai unit kawalan penyakit ke sekolah.

               4.  JK KESELAMATAN
                    4.1  Bertanggungjawab  sepenuhnya  memantau  pelaksanaan  dan  skop  kerja  Tender
                         Kebersihan, KPM.
                    4.2  Merancang dan melaksanakan program keselamatan sepanjang tahun.
                    4.3  Menyediakan  papan  maklumat  untuk  memberitahu  pelawat  supaya  mendapat
                         kebenaran Pengetua sebelum berurusan di sekolah.
                    4.4  Mendapatkan  kerjasama  pihak  pengawal  untuk  mengawal  keselamatan  sepanjang
                         tahun.



                                         BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my    173
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193