Page 8 - Buku Laporan Tahunan 2023) 121224 rev 4 (full included cover)
P. 8

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERIKANAN


            Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
            Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
            dan terima kasih kepada semua warga Jabatan Perikanan Malaysia dan semua pihak
            yang telah
            menyokong dan bekerjasama sepanjang tahun 2023. Alhamdulillah, kita telah melalui tahun
            ini dengan penuh cabaran namun berjaya mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan.


            Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan kelestarian
            sumber perikanan negara. Antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang perikanan yang
            lebih tegas serta
            program pemulihan habitat marin seperti terumbu karang dan melabuhkan tukun tiruan. Pada
            tahun 2023, sebanyak 58 unit tukun tiruan telah dilabuhkan di 10 lokasi di Kedah, Selangor,
            Terengganu,
            Kelantan dan Johor.


            Pada  tahun  2023,  Jabatan  Perikanan  Malaysia  telah  menerima  peruntukan  sebanyak
            RM253,701,044.00. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM259,449,731.49 (102.27%) telah
            dibelanjakan. Perbelanjaan ini merangkumi peruntukan mengurus sebanyak RM181,019,544.00
            dan peruntukan pembangunan sebanyak RM72,681,500.00.

            Jumlah pengeluaran perikanan mencatatkan sebanyak 1.79 juta tan metrik pada tahun 2023,
            iaitu  menurun  berbanding 1.89 juta tan metrik pada tahun 2022. Namun begitu, nilai
            pengeluaran  telah  meningkat kepada RM16.5 bilion berbanding RM15.9 bilion pada tahun
            sebelumnya. Perkembangan ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat penurunan dari segi
            kuantiti pengeluaran, nilai keseluruhan pengeluaran perikanan tetap mencatatkan peningkatan.

            Tahun 2023 telah menyaksikan pengenalan teknologi baharu dalam sektor akuakultur, termasuk
            sistem akuaponik dan biofloc yang lebih mesra alam dan efisien. Teknologi ini bukan sahaja
            meningkatkan
            produktiviti, tetapi juga membantu mengurangkan kos operasi dan impak negatif terhadap
            alam sekitar.

            Sehingga kini, sebanyak 61 Marine Protected Areas (MPA) telah diwartakan secara rasmi di
            bawah Akta Perikanan 1985, meliputi kawasan seluas 3,764.33km². Kebanyakan MPA melindungi
            kawasan terumbu karang yang berfungsi sebagai ekosistem penting khususnya dalam menyokong
            kelangsungan sumber perikanan.

                        Sekali lagi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
                            kepada semua yang terlibat. Semoga segala usaha kita mendapat keberka-
                             tan dan kejayaan yang berterusan.

                             Sekian, terima kasih.


                              (DATO’ HAJI  ADNAN BIN HUSSAIN)
                                 Ketua Pengarah Perikanan Malaysia
                                   Putrajaya
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13