Page 9 - BUKU UNDANG-UNDANG KSKE
P. 9
KELAB SUKAN & KEBAJIKAN ESTATES (I.P)
NO.PPM-028-10-07112019
Undang-undang Kecil - Pindaan Setakat 16 Mac 2023
FASAL 11 : MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA
11.1 Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan atas permintaan secara bertulis SATU
PERTIGA daripada ahli yang ada atau atas persetujuan Jawatankuasa Kerja tertakluk
kepada peraturan sewajarnya.
FASAL 12 : MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA
Jawatakuasa Kerja adalah ditadbirkan oleh Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KSKE.
12.1 MESYUARAT BIASA
a) Korum Mesyuarat yang hadir mestilah separuh dari bilangan keseluruhan AJK.
b) Notis Mesyuarat ialah DUA hari dari tarikh mesyuarat.
FASAL 13 : JAWATANKUASA KERJA
13.1 Jawatankuasa Kerja ialah Kelab Tertinggi KSKE sesudah Mesyuarat Agung dan
berkuasa menjalankan segala dasar, tujuan KSKE serta segala keputusan Mesyuarat
Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
13.2 Jawatankuasa Kerja adalah terdiri dari Pengerusi dan TUJUH BELAS orang Ahli
Jawatankuasa serta Wakil mengikut FASAL 10.5 (i) hingga (xiii).
13.3 Tugas-tugas Jawatankuasa KSKE adalah diputus dan ditetapkan oleh Mesyuarat
Jawatankuasa KSKE dari semasa ke semasa setelah pemilihan dibuat.
13.4 Jawatankuasa KSKE adalah berkuasa:-
a) Melantik sesuatu Jawatankuasa Kecil untuk menjalankan tindakan terhadap
sebarang keputusan Kelab yang khusus dan tertakluk kepada keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa Kerja.
a) Melucutkan jawatan mana-mana Ahli Jawatankuasa Kerja atas pelanggaran mana-
mana Peraturan Kelab serta boleh melantik seseorang ahli untuk memangku
sebarang kekosongan dalam Ahli Jawatankuasa Kerja.
b) Memutuskan sebarang usaha dan tindakan yang boleh mendatangkan faedah
kepada Kelab selagi ia tidak melanggar Peraturan Undang-Undang KSKE.
8