Page 3 - BUKU LAPORAN AGM KSKE BAGI SESI 2021-2023
P. 3
PEMBUKA KATA
PENGERUSI
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN ESTATES (I.P)
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH
DAN SALAM SEJAHTERA,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan & Kebajikan
Estates (Ibu Pejabat) Bagi Sesi 2021/2023 yang telah berjaya melaksanakan program yang dirancang
sepanjang tahun 2021 sehingga tahun 2023, walaupun pada tahun 2021 kita masih lagi dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19 yang melanda dan aktiviti yang dapat
dilakukan adalah terhad. Walau bagaimanapun, dengan kerjasama semua ahli, aktiviti yang dirancang
tetap dapat dijalankan dengan kerjasama semua ahli dengan mematuhi Standard Operating Procedure
(SOP) yang telah ditetapkan. Syabas diucapkan kepada semua.
Tahniah diucapkan kepada semua AJK serta kerjasama dari ahli Kelab Sukan & Kebajikan Estates (Ibu
Pejabat) yang sentiasa memastikan KSKE bergiat aktif dengan melaksanakan aktiviti yang bermanfaat.
Saya percaya kejayaan ini adalah bukti komitmen daripada semua pihak dalam melaksanakan amanah
dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
Saya bagi pihak barisan AJK Kelab Sukan & Kebajikan Estates (Ibu Pejabat) dengan rasa rendah
dirinya ingin memohon kemaafan atas kelemahan dan kesilapan yang ada sepanjang tempoh
menerajui KSKE bagi Sesi 2021/2023. Diharapkan AJK yang bakal terpilih bagi Sesi 2023/2025 dapat
meneruskan amanah yang telah diberikan oleh semua ahli KSKE. Semoga banyak lagi idea dan kerja-
kerja amal yang akan dilaksanakan oleh AJK yang bakal dilantik.
Besar harapan saya agar semua ahli Kelab Sukan & Kebajikan Estates (Ibu Pejabat) terus
mengekalkan sifat bekerjasama dan sentiasa memberikan sokongan padu di antara satu sama lain dan
juga kepada kelab.
Akhir kata, semoga KSKE akan dapat terus menjadi kelab yang memberikan manfaat kepada semua
ahli dan menjadi medium penyatuan ukhwah di kalangan kita semua.
Sekian, terima kasih.
Hj. Johari bin Jupry
Pengerusi KSKE (I.P)
Sesi 2021/2023
1