Page 3 - BUKU LAPORAN AGM KSKE BAGI SESI 2021-2023
P. 3

PEMBUKA KATA

                                                        PENGERUSI

                                      KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN ESTATES (I.P)

              ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH
              DAN SALAM SEJAHTERA,


              Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan & Kebajikan
              Estates (Ibu Pejabat) Bagi Sesi 2021-2023 yang telah berjaya melaksanakan program yang dirancang
              sepanjang tahun 2021 sehingga tahun 2023, walaupun pada tahun 2021 kita masih lagi dalam tempoh
              Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19 yang melanda dan aktiviti yang dapat
              dilakukan adalah terhad. Walau bagaimanapun, dengan kerjasama semua ahli, aktiviti yang dirancang
              tetap dapat dijalankan dengan kerjasama semua ahli dengan mematuhi Standard Operating Procedure
              (SOP) yang telah ditetapkan. Syabas diucapkan kepada semua.

              Tahniah diucapkan kepada semua AJK serta kerjasama dari ahli Kelab Sukan & Kebajikan Estates (Ibu
              Pejabat) yang sentiasa memastikan KSKE bergiat aktif dengan melaksanakan aktiviti yang bermanfaat.
              Saya percaya kejayaan ini adalah bukti komitmen daripada semua pihak dalam melaksanakan amanah
              dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

              Saya bagi pihak barisan AJK Kelab Sukan & Kebajikan Estates (Ibu Pejabat) dengan rasa rendah
              dirinya  ingin  memohon  kemaafan  atas  kelemahan  dan  kesilapan  yang  ada  sepanjang  tempoh
              menerajui KSKE bagi Sesi 2021-2023. Diharapkan AJK yang bakal terpilih bagi Sesi 2023-2025 dapat
              meneruskan amanah yang telah   diberikan oleh semua ahli KSKE. Semoga banyak lagi idea dan kerja-
              kerja amal yang akan dilaksanakan oleh AJK yang bakal dilantik.

              Besar  harapan  saya  agar  semua  ahli  Kelab  Sukan  &  Kebajikan  Estates  (Ibu  Pejabat)  terus
              mengekalkan sifat bekerjasama dan sentiasa memberikan sokongan padu di antara satu sama lain dan
              juga kepada kelab.

              Akhir kata, semoga KSKE akan dapat terus menjadi kelab yang memberikan manfaat kepada semua
              ahli dan menjadi medium penyatuan ukhwah di kalangan kita semua.

              Sekian, terima kasih.


              Hj. Johari bin Jupry
              Pengerusi KSKE (I.P)
              Sesi 2021-2023











                                                             1
   1   2   3   4   5   6   7   8