Page 31 - BUKU LAPORAN AGM 2023
P. 31

LAPORAN BIRO AGAMA KSKE 2021-2023



                 1.  MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA TAHLIL































                     RISDA  Estates  dikejutkan  dengan  beberapa  orang  staf  yang  telah  kembali  ke  rahmatullah

                     akibat  COVID-19.  Mereka  adalah  Allahyarham  Mohd  Zaidi  bin  Taib  @  Mohd  Taib  (Ketua

                     Jabatan  Perladangan  –  meninggal  pada  15  Julai  2021),  Allahyarham  Tn.  Hj  Roslizan  bin

                     Masripan (Ketua Jabatan Perkilangan – meninggal pada 17 Julai 2021), Allahyarham Tn. Hj
                     Saharuddin bin Sulaiman (Ketua Jabatan Pemasaran – meninggal pada 20 Julai 2021) dan

                     Allahyarham Mohamad Amir Hisyam bin Mohd Zaidi (Kerani Jabatan Kewangan – meninggal

                     pada  28  Julai  2021).  Majlis  bacaan  Yassin,  Tahlil  dan  Doa  telah  diadakan  secara  ‘Zoom

                     Meeting’ yang disertai oleh warga RISDA Estates memohon agar roh Allahyarham dicucuri

                     rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..…Amiin3 Ya Rabbal Alamin Ya
                     Mujeeb. Al-Fatihah.




                     “.. Dari Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang mati syahid
                     ada lima, yakni orang yang mati kerana taun (wabak), orang yang mati kerana menderita sakit
                     perut, orang yang mati kerana tenggelam, orang yang mati kerana tertimpa runtuhan dan
                     orang yang mati syahid di jalan ALLAH.”
                     (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36