Page 21 - KERJA TANAH
P. 21
▪ Penggalian batu hendaklah dijalankan dengan kaedah yang sesuai dengan
keperluan tapak dan hendaklah mematuhi sepenuhnya sebarang perintah,
keperluan atau arahan yang diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)
atau mana-mana pihak berkuasa lain yang kompeten untuk berbuat BATU
demikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
▪ Setakat mana praktikal, semua bahan daripada penggalian batu hendaklah
digunakan dalam kerja-kerja pembinaan. Batu yang digali hendaklah PENGGALIAN
digunakan dalam pembinaan tambakan dan bahan isian dalam salah satu
daripada dua (2) cara berikut:
a. Batuan yang digali hendaklah dipecahkan kepada saiz zarah maksimum
300 mm dan digunakan sebagai timbunan batu;
b. Batuan yang dikorek hendaklah dipecahkan kepada saiz zarah
maksimum 150 mm, diadun dengan bahan isian tanah yang sesuai
dalam nisbah 1 batu : 1 tanah, dan digunakan sebagai isian seperti
tanah biasa.
▪ Penyimpanan dan pengendalian bahan letupan hendaklah mematuhi semua
keperluan pihak berkuasa. Hanya orang yang berpengalaman dan
berkelayakan yang boleh mengendalikan bahan letupan bagi tujuan kerja-
kerja tersebut.
SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.3.9
SPKB: Sek. B – Klausa 7.10