Page 43 - KERJA TANAH
P. 43

Penanaman rumput hendaklah dilakukan serta-merta selepas
                                                                               permukaan cerun terdedah melebihi 100 meter persegi atau
                                                                               sendengan cerun dalam satu tanggaan, seminggu selepas
                                                                               pemotongan/pengisian di semua cerun tanah dan kawasan lain
             PENANAMAN RUMPUT
                                                                               seperti yang ditunjukkan pada Lukisan atau diarahkan oleh P.P.










                      • Rumput hendaklah dihantar ke Tapak dalam tempoh 36 jam selepas
                         dikeluarkan dari tapak semaian dan apabila disimpan di Tapak,
                         rumput hendaklah disusun hingga ketinggian maksimum 1.0 m.
                      • Rumput hendaklah disimpan lembap dan di bawah naungan dan
                         hendaklah ditanam dalam tempoh masa 24 jam selepas diangkat.
                      • Sekiranya penanaman rumput diperlukan untuk perlindungan kerja
                         tanah, ia hendaklah ditanam serta-merta selepas memotong atau
                         mengisi.
                      • Rumput hendaklah diperolehi dalam sod (permukaan tanah dengan
                         rumput tumbuh di atasnya) yang tidak pecah dengan jumlah tanah
                         atas yang banyak dan hendaklah bersaiz lebih kurang 300 x 300 mm
                         dan tanah atas setebal 50 mm.
                                                                                                                SPKJ: Sek. 2 - Klausa 2.4.8.2
                                                                                                                SPKB: Seksyen R
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47