Page 4 - C:\Users\User\Documents\FlipBook\
P. 4
PENGHARGAAN
Kewujudan ebook ini diharap dapat membuka jalan kepada semua pengguna
sekalian untuk menerokai kemahiran dan teknik-teknik dalam menguasai Photoshop
dengan mudah dan pantas.
Idea untuk menghasilkan ebook ini sebenarnya tercetus apabila saya mendapati
terlalu kurang panduan Photoshop berbahasa Malaysia yang terdapat di pasaran
Internet. Kebanyakannya hanya ditulis dalam Bahasa Inggeris dan sememangnya
amat menyukarkan para pengguna (terutamanya Newbie) untuk mempelajari
Photoshop ini.
Melihat kepada dunia sekeliling yang dipenuhi dengan paparan visual sama ada
dalam bentuk grafik mudah sehinggalah kepada ilustrasi serta imej-imej kreatif yang
lahir daripada imaginasi penghasilnya, menambahkan lagi keinginan saya untuk
menghasilkan satu ebook panduan menghasilkan grafik. Hal ini kerana teknologi
grafik semakin mendapat tempat di hati masyarakat, justeru dalam penyampaian
maklumat, biasanya iklan dalam bentuk grafik adalah lebih menarik dan berkesan.
Justeru berbekalkan ilmu pengetahuan berkaitan Photoshop ini, saya bertekad
untuk menghasilkan sebuah ebook yang boleh dimanfaatkan oleh para pengguna
sekalian.
Di dalam ebook ini, saya cuba sedaya upaya untuk menghasilkan suatu panduan
yang mudah difahami, dengan menggunakan bahasa pengantar yang santai dan
ringan, turut disertakan dengan grafik-grafik bagi setiap langkah agar ebook ini
bersifat lebih praktikal dan mudah difahami (walaupun anda tidak pernah
menggunakan perisian Photoshop).
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga kerana telah
memberikan sokongan padu sepanjang saya menyiapkan ebook ini. Setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan ucapan terima kasih saya ingin ucapkan kepada semua
pihak yang terlibat dalam menyiapkan Ebook Tutorial Photoshop ini, sama ada
secara langsung atau pun tidak.
Saya berharap perkongsian ilmu ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pembaca
sekalian. Terima kasih. Semoga Allah membalas jasa anda semua.
Ikhlas daripada,
Rahman Basri & Michael Sual
© R a h m a n B a s r i & M i c h a e l S u a l | E b o o k T u t o r i a l P h o t o s h o p