Page 3 - BUKU PROJEK KIK FIRST - APLIKASI FIRSTECH.docx
P. 3
Tinta YS Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
Selaku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia Kuala Lumpur pertamanya saya merakamkan
ucapan tahniah dan terima kasih di atas penghasilan
projek yang berimpak tinggi ini.
Pada dasarnya signifikasi projek ini berkait rapat
dengan fungsi utama Jabatan. Ianya juga memenuhi
kehendak pelanggan dan pemegang taruh (stakeholder)
selain turut berkaitan dengan agenda nasional serta
keadaan dan ekosistem semasa selain pembuktian melalui analisis.
Aplikasi FirSTech ini dicipta oleh KIK FirST telah memberikan kesan kepada pelanggan,
Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Kuala Lumpur dan JBPM keseluruhan iaitu
meningkatkan tanggungjawab pelanggan terhadap menghindari risiko kebakaran,
pemantauan Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Kuala Lumpur dalam keselamatan
kebakaran di premis dapat dilaksanakan secara berkesan dan memperjelaskan citra JBPM
sebagai organisasi berprestasi dan berimpak tinggi.
Inovasi aplikasi FirSTech ini telah lengkap dibangunkan dan sedia digunakan oleh pelanggan
dalam konteks tahap kesediaan sistem. Mudahcapaian dan mesra pelanggan kerana boleh
digunakan melalui telefon pintar dan tablet pada bila- bila masa diperlukan.
PKPjB Hj Nordin bin Pauzi
Pengarah,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur.
i | FirSTech