Page 6 - AMALAN 5R
P. 6
Rethink
‘rethink’ ataupun fikir semula sebelum buang.
Adalah penting bagi setiap individu untuk
mengenal pasti bahan-bahan yang bakal
dibuang itu mampu untuk dimanfaatkan
untuk tujuan lain ataupun tidak. Sama ada
ianya dapat dikitar semula, diperbaiki atau di
gunakan semula. Dengan adanya sedikit
kesedaran iaitu fikir dulu sebelum buang ianya
sedikit sebanyak dapat membantu untuk
mengurangkan sampah yang bakal dibawa
ke pusat pelupusan sampah. Munculnya
bertimbun-timbun sampah dalam kehidupan
adalah disebabkan oleh tindakan dan aktiviti
manusia itu sendiri. Selain itu ‘rethink’ atau
fikir semula bukan hanya terhad kepada fikir
dulu sebelum buang sahaja, malah kita
sebagai pengguna hendaklah bertindak
untuk mengetahui dan mengambil
kira bungkusan produk yang kita beli
itu sama ada boleh dikitar semula,
digunakan semula, dibaik pulih jika
mengalami kerosakan.