Page 18 - KPI GUIDELINE
P. 18
S8
TS
Tiada Tumpahan Sisa pada
bila-bila Masa Semasa
Kutipan & Pengangkutan
KRITERIA KEPATUHAN
Pihak operator kutipan perlu mengelakkan berlakunya tumpahan
sisa (kauntiti sedikit/ banyak/ meleret panjang/ tompokan) daripada
tong semasa menarik tong ke kenderaan kutipan, semasa
mengosongkan sisa dari tong ke dalam kenderaan kutipan, semasa
mampatan dan semasa pengangkutan.
Pihak penguatkuasa tidak perlu melihat sendiri kejadian tumpahan
sisa cukup dengan merujuk kepada jadual kutipan taman tersebut
sekiranya berlaku di jalan perumahan.
Sekiranya berlaku di jalan utama, kesalahan perlu dikenakan
secara 'Caught in Act'. Sekiranya penguatkuasa tidak sempat
mengambil gambar, cukup sekadar beliau berada di lokasi
semasa kejadian berlaku.
Sekiranya tumpahan sisa berlaku disebabkan kerosakan tong
yang tidak dibaiki/ diganti oleh konsesi, kesalahan TS
boleh dikenakan. operationmanual.mflora.com.my