Page 98 - KPI GUIDELINE
P. 98
S45
PB
Pantai Awam hendaklah
dibersihkan mengikut jadual
KRITERIA KEPATUHAN
Pihak operator perlu membersihkan keseluruhan kawasan kerja
pantai awam mengikut jadual dan frekuensi yang diluluskan.
Pembersihan perlu dilaksanakan di dalam kawasan sempadan yang
ditentukan oleh SWCorp berdasarkan garis panduan pengukuran yang
diluluskan.
Kehadiran orang awam yang memungkinkan kawasan pantai kembali
kotor perlu diambil kira dengan menyediakan pekerja pembersihan khas
di kawasan pantai. Jadual kerja juga seboleh-bolehnya mengambil kira
waktu air pasang dan surut.
Sisa pepejal, bangkai binatang dan bendasing yang merbahaya
termasuk, tumbuhan liar, sisa atau objek yang ditutupi keseluruhan
atau sebahagian oleh pasir perlu dibuang dan dibersihkan dari
kawasan kerja.
Pembersihan tumpahan minyak tidak termasuk ke dalam
skop pembersihan pantai manakala kaedah pengalihan
bangkai adalah merujjuk kepada KPI yang
berkaitan.pengalihan operationmanual.mflora.com.my