Page 11 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022 - MOH_P_SAR_03.23 (AR)
P. 11

LAPORAN TAHUNAN 2022





                  Program Perkhidmatan Farmasi berperanan dalam pengurusan peruntukan bagi
                  ubat, vaksin, bukan ubat, reagen dan gas perubatan bagi Program Perubatan dan
                  Program Kesihatan Awam termasuk pemantauan dan cadangan pembahagian
                  peruntukan.

                  Bagi Program Perubatan, secara umumnya peruntukan untuk perolehan butiran
                  dalam    senarai    Approved     Purchased     Price   List   dan    kontrak   pusat
                  dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Farmasi Hospital manakala peruntukan
                  untuk pembelian tempatan dipertanggungjawabkan kepada Cawangan Farmasi
                  Logistik Negeri, Pejabat Farmasi Bahagian Sibu, Sri Aman, Sarikei, Kapit, Miri dan
                  Limbang mengikut zon seliaan masing-masing.               Hospital Umum Sarawak
                  merupakan satu-satunya hospital yang membuat perolehan sendiri bagi semua
                  butiran. Bagi reagan patologi, semua perolehan adalah diuruskan oleh Jabatan
                  Patologi di Hospital kecuali perolehan butiran Approved Purchased Price List yang
                  masih di bawah tanggungjawab pegawai Farmasi Hospital.

                  Peruntukan Ubat yang diterima pada Tahun 2022 telah menunjukkan peningkatan
                  yang sebanyak 31% berbanding dengan tahun 2021. Dengan peralihan ke fasa
                  endemik Covid-19 sejak bulan April 2022, prosedur-prosedur seperti prosedur
                  surgikal, implant, program khas seperti klinik katarak, lawatan pesakit atau
                  rawatan susulan pesakit ke klinik pakar atau hospital telah beroperasi seperti
                  biasa menyebabkan penggunaan ubat yang meningkat berbanding dengan tahun
                  2021.


                  Selain itu, peruntukan bagi Gas Perubatan masih menunjukkan peningkatan
                  sebanyak 15% berbanding dengan tahun 2021. Pertambahan peruntukan ini
                  adalah disebabkan oleh peningkatan kes kemasukan pesakit ke wad-wad hospital
                  disebabkan    oleh   wabak    Covid-19,   penyakit   COPD      Chronic   Obstructive
                  Pulmonary Disease), penyakit Influenza like illness  ILI  dan sebagainya serta
                  peningkatan keperluan gas berikutan pembukaan klinik-klinik pakar dan Daycare
                  OT di Daycare Centre Hospital Umum Sarawak, penggunaan VIE tank yang
                  meningkat di beberapa hospital di Sarawak.




































                                                            10
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16