Page 43 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022 - MOH_P_SAR_03.23 (AR)
P. 43
LAPORAN TAHUNAN 2022
PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH FARMASI
(VALUE ADDED SERVICES - VAS)
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sentiasa
berusaha untuk mempelbagaikan cara pendispensan bekalan ubat bagi preskripsi
susulan kepada pesakit melalui pelbagai inisiatif baru.
Transformasi dan inovasi ini yang dikenali sebagai Perkhidmatan Nilai Tambah
Farmasi VAS telah diperkenalkan dengan objektif utama bagi meningkatkan dan
menjamin kebolehcapaian pesakit kepada bekalan ubat susulan mereka. Terdapat
2 kaedah utama iaitu penyediaan bekalan ubat susulan sebelum tarikh temujanji
di kaunter farmasi dan/atau penghantaran ubat terus ke rumah/tempat kerja.
Berikut merupakan jenis Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi yang disediakan
oleh fasiliti kesihatan KKM di Sarawak:
● Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu SPUB
● Ubat Melalui Pos UMP
● Sistem Temujanji Farmasi
● Farmasi Pandu Lalu
● Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat PPUSS
● Lokar Ubat (Locker4U)
42