Page 35 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022
P. 35

LAPORAN TAHUNAN 2022





                  Berikut adalah penjelasan bagi kegagalan pencapaian Quality Assurance
                  Programme Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi 2022



                  QAP 1     Peratus Preskripsi Yang Diisi Secara Salah Dan Dikesan Sebelum
                  Didispens  Standard: 0%

                  QAP ini bertujuan memastikan risiko kesilapan pembekalan semasa pendispensan
                  diminimakan agar pesakit diyakini menerima ubat yang betul dan selamat.
                  Pencapaian tahun 2022 adalah 0.0421%  2,842/6,744,107  jumlah preskripsi yang
                  telah diisi dan di semak silang masih dikesan ada kesilapan pada semakan
                  terakhir di kaunter pendispensan sebelum pembekalan dilakukan. Pencapaian ini
                  menunjukkan secara keseluruhannya sedikit penurunan bilangan kesilapan
                  semasa pengisian ubatan yang dikendalikan di Farmasi Pesakit Luar dan Farmasi
                  Pesakit Dalam Hospital serta Klinik Kesihatan. Usaha berterusan dilaksanakan
                  untuk memperbaiki prestasi jabatan dalam QAP ini.



                  QAP 2  Peratusan rekomendasi rawatan dimaklumkan kepada Pegawai
                  Perubatan/Unit Pemesan dalam tempoh dua jam bagi kes toksisiti yang telah
                  diinterpretasi berbanding bilangan permohonan analisa dan interpretasi kes
                  toksisiti diterima

                  Bagi tahun 2022, terdapat 532 permohonan analisa dan interpretasi kes toksisiti
                  diterima oleh Unit Farmakokinetik Klinikal di lima  5  buah hospital iaitu Hospital
                  Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Miri, Hospital Bintulu dan Hospital Sarikei.
                  Walaubagaimanapun, hanya 99.81%  532/533  kes di mana keputusan dan
                  rekomendasi berjaya dimaklumkan kepada Pegawai Perubatan atau Unit Pemesan
                  dalam tempoh 1 jam setelah keputusan analisa sampel darah diterima oleh Unit
                  Farmakokinetik Klinikal daripada Unit Makmal. Kegagalan 1 kes tersebut adalah
                  disebabkan terdapat masalah berkomunikasi secara efektif di antara anggota
                  kesihatan semasa penerimaan sampel kes toksisiti ubat Paracetamol.



                  QAP 3  Peratusan stok dilupuskan dan dihapuskira berbanding nilai stok yang
                  dikendalikan bagi tahun semasa

                  Pada tahun 2022, terdapat stok ubat dan bukan ubat bernilai RM454.00 yang
                  rosak dan luput telah diluluskan untuk dilupuskan akibat faktor-faktor yang tidak
                  dapat dielakkan iaitu masalah kebocoran air dan pembiakan kulat di Unit Farmasi
                  Logistik, Hospital Umum Sarawak dan perubahan pola penggunaan stok ubat dan
                  bukan ubat di Hospital Rajah Charles Brooke Memorial yang menyebabkan stok
                  ubat dan bukan ubat tersebut melepasi tarikh luput. Pelupusan ini menyumbang
                  kepada kegagalan pencapaian sasaran di mana peratusan pelupusan adalah
                  0.0001% iaitu bernilai RM454.00 daripada RM649,928,310 (nilai stok dikendalikan
                  sepanjang tahun 2022 .












                                                            34
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40