Page 91 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022
P. 91
LAPORAN TAHUNAN 2022
AKTIVITI PEMERIKSAAN PREMIS
Pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Penguatkuasa Farmasi merangkumi
pemeriksaan premis berlesen, premis berdaftar dan premis tidak berlesen.
RAJAH 20 BILANGAN PEMERIKSAAN PREMIS YANG DIJALANKAN
(a) Pemeriksaan Premis Berlesen
Pemeriksaan premis berlesen termasuk Lesen Jenis A, Lesen Jenis B, Lesen Jenis
E, Permit Membeli dan Mengguna NaOH, Permit Membeli dan Mengguna Bahan
Psikotropik dan Lesen PBKD Import dan Borong). Secara keseluruhan, jumlah
pemeriksaan premis berlesen di Sarawak adalah mencatat peningkatan sebanyak
10.6% berbanding tahun 2021. Peningkatan pemeriksaan diperhatikan pada
premis Lesen Jenis A pada tahun 2022 kerana terdapat penambahan premis
baharu. Selain itu, pemeriksaan premis berdaftar mencatat peningkatan sebanyak
9.2% manakala pemeriksaan premis tidak berlesen mencatat peningkatan
sebanyak 28.3% memandangkan aktiviti pemeriksaan telah dimulakan semula
selepas pandemik Covid-19.
90