Page 39 - Laporan Tahunan BPF JKNS Tahun 2021
P. 39
CAWANGAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI
QAP 3: Pe a¶¾¨ao ¨¶zk dil¾¾¨kao dao diha¾¨ki a be baodiog oilai ¨¶zk Ýaog
dikeodalikao bagi ¶ah¾o ¨ema¨a
Pada tahun 2021, terdapat stok ubat dan bukan ubat bernilai RM9,269.70 yang rosak
dan luput telah diluluskan untuk dilupuskan akibat faktor-faktor yang tidak dapat
dielakkan iaitu banjir kilat yang melibatkan stor surgikal, Hospital Umum Sarawak,
kerosakan peti sejuk di Hospital Dalat, masalah kebocoran siling di stor surgikal,
Hospital Bintulu dan kadar penurunan penggunaan stok yang ketara di Cawangan
Farmasi Logistik Negeri disebabkan oleh perubahan amalan di fasiliti pemesan yang
menyebabkan stok bukan ubat tersebut melepasi tarikh luput. Pelupusan ini
menyumbang kepada kegagalan pencapaian sasaran di mana peratusan pelupusan
adalah 0.0011% iaitu bernilai RM9,269.70 daripada RM852,488,499 (nilai stok
dikendalikan sepanjang tahun 2021).
37