Page 63 - Laporan Tahunan BPF JKNS Tahun 2021
P. 63

CAWANGAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI



                      PERKHIDMATAN FARMASI


                                     PESAKIT DALAM







             Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam merupakan salah satu perkhidmatan asas yang
             ditawarkan  di  semua  hospital  KKM  di  Sarawak.  Kesemua  23  hospital  di  Sarawak

             mempunyai  Unit  Farmasi  Pesakit  Dalam  atau  Farmasi  Satelit  untuk  menguruskan
             pembekalan ubat pesakit dalam dengan 175 wad dan 4,053 katil pada tahun 2021.




             Si¨¶em Pembekalao Uba¶ Fa ma¨i Pe¨aki¶ Dalam


             Sistem Pembekalan Ubat Farmasi Pesakit Dalam yang dipraktiskan d hospital Sarawak

             merangkumi pembekalan ubat secara patient basis seperti Uoi¶ zf U¨e (UOU) dan Uoi¶
             Dz¨e  Sݨ¶em  (UDS).  Pembekalan  ubat  secara  pukal  mengikut  keperluan,  contohnya
             stok  wad,  stok  kecemasan  dan  stok  psikotropik  juga  diuruskan  oleh  Farmasi  Pesakit
             Dalam.  Dalam  usaha  memperkasakan  pembekalan  ubat  ke  wad  dengan  cekap  dan

             spesifik  kepada  pesakit,  kebanyakan  hospital  di  Sarawak  telah  mula  menukarkan
             sistem pembekalan ubat melalui Uoi¶ zf U¨e (UOU) kepada sistem pembekalan ubat
             melalui  Uoi¶  Dz¨e  Sݨ¶em  (UDS)  secara  berperingkat  mulai  tahun  2010.  Pada  tahun
             2021,  Sebanyak  89.3%  daripada  jumlah  wad  di  Sarawak  telah  mengamalkan  sistem
             UDS manakala masih terdapat 10.7% mengamalkan sistem UOU. Semua hospital telah
             mengamalkan  sistem  UDS  secara  100%  pada  tahun  2021  kecuali  Hospital  Umum

             Sarawak (72.5%), Hospital Miri (86.7%) dan Hospital Bintulu (62.5%).


             Untuk  tahun  2021,  sejumlah  1,090,602  preskripsi  UDS  dan  163,183  preskripsi  UOU
             diterima, diisi dan disemak silang oleh kakitangan Farmasi. Bilangan preskripsi discaj
             yang didispens adalah sebanyak 95,534. Secara keseluruhan, bilangan preskripsi yang
             dikendalikan oleh Farmasi Pesakit Dalam pada tahun 2021 menunjukkan penurunan

             berbanding dengan tahun 2020. Ini adalah disebabkan oleh pengurangan kemasukan
             wad  khasnya  untuk  pesakit  dengan  penyakit  kronik  susulan  daripada  penularan
             pandemik COVID-19 di Sarawak.










                                                           61
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68