Page 82 - Laporan Tahunan BPF JKNS Tahun 2021
P. 82

CAWANGAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI



                     PENGURUSAN PERALATAN


                       PELINDUNGAN DIRI (PPE)


                 SEMASA PANDEMIK COVID-19







             Sejak  permulaan  pandemik  COVID-19  pada  tahun  2020,  fasiliti  kesihatan  KKM  di
             Sarawak telah melaporkan peningkatan permintaan terhadap peralatan pelindungan
             diri (PPE) berikutan peningkatan jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan setiap hari dan
             peluasan  kawasan  yang  terjejas  oleh  COVID-19  di  Sarawak.  Pada  masa  yang  sama,
             banyak fasiliti juga melaporkan kekurangan PPE yang ketara kerana pembekalan stok
             PPE dari syarikat  pembekal tidak dapat memenuhi permintaan PPE yang meningkat

             secara drastik. Gangguan bekalan PPE bukan sahaja berlaku di Sarawak, malahan di
             seluruh  Malaysia  dan  seluruh  dunia  berikutan  peningkatan  permintaan  secara
             mendadak dan kekurangan pengeluaran daripada syarikat pengeluar PPE di seluruh
             dunia. Tambahan pula, sekatan logistik semasa perintah kawalan pergerakan dan kos
             PPE  yang  tinggi  juga  turut  menyumbang  kepada  gangguan  bekalan  PPE  di  fasiliti
             kesihatan Sarawak.



             Jawatankuasa  PPE  negeri  telah  ditubuhkan  untuk  mengendalikan  semua  perkara
             berkaitan  PPE.  Jawatankuasa  ini  diketuai  oleh  Timbalan  Pengarah  Kesihatan  Negeri
             (Farmasi) dan ahli jawatankuasa terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi,
             Ketua  Jururawat  (Matron)  dan  jururawat.  Jawatankuasa  ini  bertanggungjawab  untuk
             memastikan  bekalan  dan  penggunaan  PPE  yang  rasional  dan  mencukupi  di  semua
             fasiliti kesihatan, KKM di Sarawak. Jawatankuasa ini juga memainkan peranan penting

             untuk memantau corak penggunaan PPE dan menyelaras mobilisasi PPE antara fasiliti
             kesihatan  mengikut  keperluan.  Selain  itu,  Bahagian  Perkhidmatan  Farmasi  Jabatan
             Kesihatan Negeri Sarawak juga telah membentuk pasukan petugas untuk menyelaras
             rantaian  bekalan  PPE  yang  melibatkan  4  aspek  utama  iaitu  perolehan,  pengagihan,
             pengurusan  derma  dan  pemantauan  penggunaan.  Bagi  memudahkan  penyelarasan
             rantaian bekalan PPE di seluruh negeri, seorang Pegawai  farmasi dari setiap hospital
             dan pejabat kesihatan bahagian telah dilantik sebagai pegawai liason PPE.












                                                           80
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87