Page 17 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2021 - MOH_P_SAR_02.23 (AR)
P. 17
CAWANGAN PENGURUSAN FARMASI
Bagi Program Kesihatan Awam pula, semua perolehan butiran ¨¶aoda d bagi ubat,
vaksin, bukan ubat, reagen dan gas perubatan adalah diuruskan oleh Cawangan
Farmasi Logistik Negeri (CFLN) dan enam (6) Pejabat Farmasi Bahagian (PFB).
Kebanyakan butiran dalam senarai APPL dihantar terus oleh syarikat konsesi ke klinik
kesihatan yang berkaitan.
Sebahagian kecil peruntukan juga diturunkan ke Pejabat Kesihatan Bahagian bagi
perolehan reagen dan Pejabat Pengarah di Ibu Pejabat bagi perolehan butiran reagen
dan bukan ubat bukan standard untuk kegunaan seksyen-seksyen seperti Kawalan
Penyakit Berjangkit Bawaan Vektor, Kawalan Penyakit Berjangkit, Kawalan Penyakit
Tidak Berjangkit, dan Pusat Kawalan Penyakit Tibi.
Pada tahun 2021, peruntukan vaksin yang diterima oleh Program Kesihatan Awam
telah meningkat sebanyak 68.87% secara purata berbanding tahun 2020.Pertambahan
peruntukan vaksin adalah susulan penambahan vaksin pneumokokal di bawah
Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak yang dilaksanakan di semua Klinik
Kesihatan KKM di seluruh negara. Selain itu, kenaikan harga Vaksin DTaP-IPV-Hib-Hep
B (Hexaxim) juga merupakan salah satu faktor peningkatan peruntukan yang
diperlukan oleh negeri Sarawak.
Peruntukan bukan ubat pada tahun 2021 juga menunjukkan peningkatan yang sangat
besar, iaitu sebanyak 172.71% berbanding dengan tahun 2020. Penggunaan Pe ¨zoel
P z¶ec¶iÖe E¾imeo¶ (PPE) yang meningkat akibat wabak COVID-19 dan penggunaan
konsumable sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) merupakan
punca kenaikan peruntukan bukan ubat yang diperlukan oleh Program Kesihatan
Awam.
Peruntukan gas perubatan juga menunjukkan peningkatan sebanyak 27% berbanding
dengan tahun 2020 akibat daripada wabak COVID-19.
15