Page 57 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2021 - MOH_P_SAR_02.23 (AR)
P. 57
CAWANGAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI
P¾¨a¶ Pembekalao Uba¶ S¾¨¾lao Se¶ema¶ (PPUSS)
Sebagai langkah untuk mengurangkan kesesakan di farmasi hospital dan klinik
kesihatan terutamanya semasa pandemik COVID-19, Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah menubuhkan beberapa Pusat Pengambilan
Ubat Susulan Setempat (PPUSS) di Sarawak. PPUSS merupakan satu lokasi khas yang
diwujudkan di luar fasiliti kesihatan induk hospital/ klinik kesihatan untuk tujuan
pembekalan ubat susulan kepada pesakit yang berdaftar dengan perkhidmatan VAS
pada tarikh yang ditetapkan.
Setakat Disember 2021, terdapat 10 PPUSS yang telah diwujudkan di Sarawak iaitu di:
Urban Transformation Centre (UTC) Kuching
Urban Transformation Centre (UTC) Sibu
Urban Transformation Centre (UTC) Miri
Klinik Komuniti Taman Malihah, Kuching
Klinik Komuniti Sungai Plan, Bintulu
Klinik Komuniti Taman Rejang, Sibu
Klinik Komuniti Teku, Sibu
Klinik Komuniti Farley, Sibu
Klinik Komuniti Taman Tunku, Miri (berkonsepkan loker ubat)
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
Konsep PPUSS ini juga diperluaskan dan diaplikasikan di beberapa tempat lain di
Sarawak bagi memudahkan pengambilan ubat susulan oleh pesakit iaitu di:
1) Klinik Komuniti Bandong, Sibu
2) Pejabat Kesihatan Daerah Kapit
Pada masa yang sama, Inovasi Perkhidmatan Walk-Through juga diperkenalkan di Unit
Farmasi Klinik Kesihatan Kota Sentosa, Klinik Kesihatan Batu Kawa, Klinik Kesihatan
Jalan Oya dan Klinik Kesihatan Petra Jaya. Hospital Sibu dan Klinik Kesihatan Miri telah
memperkenalkan perkhidmatan Locker 4U yang membolehkan pesakit mengambil
ubat susulan mereka melalui loker ubat tanpa perlu pergi ke kaunter farmasi.
55