Page 71 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2021 - MOH_P_SAR_02.23 (AR)
P. 71
CAWANGAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI
PERKHIDMATAN
FARMAKOKINETIK KLINIKAL
Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal atau The ae¾¶ic D ¾g Mzoi¶z iog (TDM)
ditawarkan di semua fasiliti kesihatan di Sarawak. Walau bagaimanapun, hanya 6
fasiliti iaitu Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Miri, Hospital Bintulu,
Hospital Sarikei dan Hospital Sentosa yang mempunyai peralatan untuk menjalankan
analisa sampel di hospital. Sampel darah pesakit dari hospital atau klinik kesihatan
akan dihantar ke 6 hospital berkenaan untuk dianalisa dan keputusan ujian akan
dikembalikan ke fasiliti yang merujuk untuk interpretasi dan rekomendasi oleh
Pegawai Farmasi.
Mulai tahun 2018, pihak makmal akan mengambil alih tugas analisa sampel darah
untuk tujuan TDM daripada Farmasi secara berperingkat dan setakat tahun 2021,
hanya Hospital Miri masih melaksanakan Pha macÝ ba¨ed analisa sampel untuk
tujuan TDM.
Jumlah analisa yang dijalankan di seluruh negeri adalah sebanyak 10,564 pada tahun
2021, di mana sejumlah 3,313 analisa (31.4%) dijalankan di unit Farmasi manakala 7,251
analisa (68.6%) dijalankan di makmal.
RAJAH 11: BILANGAN ANALISA SAMPEL DARAH UNTUK TUJUAN TDM YANG
DIJALANKAN
Analisa oleh Makmal Analisa oleh Farmasi
12,500
10,000
7,500
5,000
2,500
0
2017 2018 2019 2020 2021
Tahun
69