Page 3 - PROSPeK PPPPB PPISMP Ambilan Jun 2021
P. 3
PPPPB
PPPPB
PPISMP
PPISMP
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
AMBILAN JUN 2021
KAMPUS ILMU KHAS AMBILAN JUN 2021
KATA ALU-ALUAN
DR. ABDUL HAMEED BIN ABDUL MAJID
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Ilmu Khas
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saudara dan saudari siswa guru yang saya hormati,
Saya bagi pihak warga Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK)
khasnya, dan mewakili seluruh siswa guru (SG) IPGKIK mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada
semua SG Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2021. Sesungguhnya
anda bertuah kerana terpilih dalam kalangan puluhan ribu calon yang memohon untuk melanjutkan
pelajaran ke IPG. Syabas, saya ucapkan.
JHEP IPGKIK merupakan badan yang menjaga kebajikan anda sepanjang lima tahun berada di IPGKIK. Di
samping jabatan akdemik dan unit-unit lain yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal SG, JHEP memainkan
peranan khusus dari segi kebajikan, disiplin, pembinaan sahsiah dan pelbagai aktiviti lain yang akan
membentuk SG ke arah kemenjadian yang akhirnya diharapkan menjadi seorang guru yang cemerlang.
IPGKIK merupakan antara kampus tertua di Malaysia yang mempunyai lakaran sejarah yang amat
berwarna-warni. IPGKIK telah menghasilkan ramai alumni yang terkenal dalam pelbagai bidang seperti
sukan, politik, perniagaan, muzik, seni dan apatah lagi pendidikan. Saya berharap SG sekalian dapat
menelusuri sejarah IPGKIK melalui portal yang tersedia bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang
kecemerlangan IPG bertuah ini.
Pada kesempatan ini, saya ingin menasihati semua SG untuk menggunakan peluang yang ada ini bagi
merealisasikan potensi diri anda. Mintalah tunjuk ajar daripada SG senior, para pensyarah dan mentor dalam
mendepani apa jua keperluan baik akademik, kokurikulum mahupun hal peribadi. Begitu juga, janganlah
teragak-agak untuk menghubungi mana-mana pegawai JHEP jika anda perlukan bantuan dan pandangan.
Insya Allah, kami warga JHEP IPGKIK akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada anda semua selama
berada di sini. Kami bersedia membantu anda!
Akhir kata, semoga semua SG akan tekun menimba ilmu dan tidak mensia-siakan peluang yang telah
diberikan ini. Salam hormat dan selamat maju jaya.
DR. ABDUL HAMEED BIN ABDUL MAJID
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Ilmu Khas