Page 107 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 107
SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
6. JK COMBI
a. Menubuhkan skuad COMBI untuk pemeriksaan pembiakan aedes serta
menyediakan laporan mingguan.
b. Menghantar laporan bulanan kepada pihak JPN
c. Memaklumkan kepada syarikat kebersihan jika kawasan pembiakan aedes dijumpai dalam
kawasan sekolah.
d. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes ke
arah menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi.
e. Menyebarluaskan garis panduan Pendidikan Pencegahan Denggi kepada warga sekolah bagi
menyelaraskan aktiviti pendidikan pencegahan denggi dan peranan murid sebagai agen
perubahan di sekolah, rumah dan masyarakat.
f. Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam merancang serta
melaksanakan program pencegahan denggi.
g. Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi di sekolah.
h. Memantau, melaporkan dan merujuk kes yang disyaki demam denggi kepada pihak berwajib.
7. JK Amalan Sekolah/Guru Penyayang/SSDM
a. Merancang dan melaksanakan aktiviti amalan penyayang di antara guru dan murid:
i. Mengalu-alukan kehadiran murid/ibu/bapa/penjaga.
ii. Memberi penghargaan kepada murid.
iii. Program mentor mentee.
iv. Ziarah Cakna.
b. Berada di pintu pagar pada pukul 6.50 pagi hingga 7.30 pagi dan
bertugas di hadapan pintu pagar waktu murid balik sehingga 2.30
petang.
c. Memperhatikan keadaan bila murid masuk/keluar sekolah.
d. Sekiranya ada perkara yang patut dimaklumkan kepada murid, memaklumkan kepada guru
bertugas supaya diumumkan dalam perhimpunan pada keesokan hari.
e. Membuat laporan dalam Buku Laporan Guru Bertugas.
f. Melaksanakan konsep penyayang sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar bilik
darjah.
g. Membuat analisa setiap bulan bagi menilai impak pelaksanaannya.
h. Melibatkan pihak luar seperti ibu bapa, komuniti dan masyarakat setempat.
i. Sentiasa menunjukkan penampilan yang kemas, ceria, berbudi bahasa, prihatin terhadap
murid dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah.
7. JK Disiplin
(A) PENGURUSAN DISIPLIN
a. Bersidang pada bila-bila masa untuk memutuskan tindakan/hukuman/tindakan susulan.
b. Membuat laporan bertulis untuk tindakan sekolah dan JPN.
c. Menghubungi ibu bapa/penjaga untuk memaklumkan tindakan yang diambil dan
jika perlu menjemput mereka hadir.
d. Mendengar rayuan murid yang bermasalah.
e. Merujuk murid kepada Guru Kaunseling untuk tindakan selanjutnya.
f. Menjalankan tindakan terhadap salah laku mengikut peraturan dan garis
panduan pekeliling yang berkaitan.
g. Menubuhkan satu pasukan ahli Kelab Pencegahan Jenayah yang akan membantu Guru
Disiplin.
h. Merancang dan mengurus hal berkaitan dengan masalah disiplin dalam kalangan murid.
i. Memberikan pendedahan kepada semua guru tentang cara mengenal pasti murid yang
97 SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah