Page 56 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 56

SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
                                                               BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
               Perincian Tugas
               Penyelaras Darjah
                1. Membuat pembahagian murid dalam kelas di bawah jagaannya dengan mendapatkan persetujuan
                   Guru Besar.
                2. Membantu menerima kemasukan murid baharu dan membuat penempatan mengikut kelulusan
                   PPD/JPN.
                3. Memaklumkan  kepada  Guru  Besar,  KP  dan  GPKHEM  jumlah  murid  dalam  setiap  kelas  dari
                   semasa ke semasa.
                4. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan Buku Bantuan Kerajaan (SPBT). Memaklumkan
                   kepada GPK HEM dan Guru Biasiswa calon murid yang layak mendapat bantuan dan biasiswa.
                5. Membantu Setiausaha Pentaksiran Dalaman dalam pengendalian Pentaksiran dan peperiksaan
                   sepanjang tahun.
                6. Memastikan surat kelulusan kemasukan murid baharu disimpan dalam Daftar Masuk (ikut Darjah)
                   dengan kemas dan teratur.
                7. Memastikan guru kelas mendaftarkan maklumat murid di dalam Buku Pendaftaran.
                8. Memastikan guru kelas mengemaskini Profil Murid di dalam APDM dari masa ke semasa.
                9. Memastikan Guru Darjah menyediakan semua dokumen yang diperlukan oleh murid yang pindah
                   sekolah. (Rujuk Senarai Semak sekolah)
                10. Bekerjasama dengan guru tingkatan bagi menyiapkan sijil di peringkat sekolah.
                11. Berada  di  sekolah  pada  hari  pendaftaran  murid  baru  dan  membantu  guru  darjah  untuk
                   mengagihkan kemasukkan murid.
                12. Memastikan guru darjah memberi bilangan, nombor pendaftaran dan kemasukan butir murid dalam
                   buku Pendaftaran. Buku ini mesti disimpan di pejabat.
                13. Murid baru ditempatkan di kelas mengikut mata pelajaran elektif yang dipilih.
                14. Menyampaikan laporan tentang murid baru kepada Guru Besar/GPK HEM.
                15. Memastikan dan menyemak semua surat hantaran keluar yang disediakan oleh guru darjah.
                16. Mengemaskinikan dan menyimpan fail pertukaran murid dengan kerjasama Pembantu Operasi.

               Guru Darjah
                1. Membentuk  dan  membimbing  organisasi  kelas  menjalankan  tugas  terdiri  dari  daripada  Ketua
                   Darjah, Penolong Ketua Darjah, Bendahari, AJK Keceriaan dan AJK mata pelajaran.
                2. Memastikan  AJK  Keceriaan  membersihkan  papan  putih,  menyapu  lantai,  mengelap  tingkap,
                   menyusun  kerusi/meja  dan  membuang  sampah.  Memastikan  AJK  Keceriaan  sentiasa
                   mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat.
                3. Mengadakan langsir dan bunga hiasan meja.
                4. Menentukan perkara seperti berikut ada di dalam kelas:
                    a. Jadual waktu
                    b. Jadual bertugas
                    c.  Pelan Kebakaran
                    d. Inventori Kelas
                    e. Senarai nama murid
                    f.  Perabot yang diinventori (kerusi, meja, kerusi/meja guru, dan papan hitam
                    g. Alatan pembersihan (penyapu, pemadam, penyodok sampah)
                    h. Sudut PAK 21
                5. Memastikan  pendawaian  elektrik,  kipas  dan  lampu  dalam  keadaan  baik  dan  selamat.
                   Menasihatkan murid elakkan pembaziran elekrik.
                6. Melaporkan kerosakan perabot dan peralatan elektrik kepada guru inventori sekolah dan pejabat
                   dan juga guru penyenggaraan berkenaan.
               50                                                SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61